Persembahan Jennie Blackpink di Coachella kecewakan peminat - Utusan Malaysia

Persembahan Jennie Blackpink di Coachella kecewakan peminat

Photo from me.mashable.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Jennie Blackpink menerima reaksi negatif penonton sewaktu melakukan persembahan penutup minggu pertama di pentas Coachella 2025 yang berlangsung di California, Amerika Syarikat.

Konsert yang diadakan pada Ahad lalu memperlihatkan Jennie menyampaikan 13 buah lagu solo menerusi konsep persembahan intim bersama peminat di Outdoor Theatre.

Namun begitu, ramai peminat di media sosial meluahkan rasa kecewa kerana persembahan yang ditunjukkan artis kegemaran mereka itu tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Sebagai peminat Blackpink dan muzik K-Pop yang telah mengikuti semua persembahan di Coachella, saya kecewa melihat Jennie bergelut dengan stamina dan kelihatan separuh mati sepanjang persembahan.

“Jennie seperti kehabisan nafas setiap kali menyanyi. Dia menyanyi mungkin hanya 30 saat dan selebihnya menjerit.

“Senarai lagu yang dinyanyikan juga sangat mengerikan. Dia tidak boleh menyanyikan lagu-lagu tersebut terus menerus,” tulis netizen.

Pentas Coachella 2025 turut menampilkan penyanyi popular lain seperti Lisa Blackpink, Lady Gaga, Green Day dan Missy Elliot.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya