Permohonan jeti pelancongan Pulau Tenggol dalam RMK13 

DUN Terengganu: Permohonan jeti pelancongan Pulau Tenggol dalam RMK13 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri memohon pembinaan sebuah jeti pelancongan ke Pulau Tenggol di Dungun di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Razali Idris berkata, permohonan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Projek ini dianggarkan bernilai RM5.8 juta yang menyediakan kemudahan menarik untuk pelancong ke Pulau Tenggol dan diharap dapat melonjakkan lagi namanya sebagai destinasi selam skuba terkenal di seluruh dunia,” katanya ketika menjawab menjawab soalan lisan Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi (Pas-Sura) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Tengku Muhammad Fakhruddin yang mendakwa kerajaan negeri seolah-olah tidak begitu mempromosikan Pulau Tenggol berbanding pulau peranginan yang lain pula, Razali berkata, telah banyak program diadakan untuk tujuan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN