Pengamal media perlu terus suarakan nasib mangsa

Pengamal media perlu terus suarakan nasib mangsa

TUNKU Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) bersalaman dengan pegawai BSMM di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights. Subang Jaya, Selangor. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pengamal media diminta kekal memberi liputan terhadap nasib mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights di sini, agar suara mereka terus didengari.

Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sul­tan Abdul Halim Mua’dzam Shah berkata, hal ini kerana situasi dan tragedi kebakaran sedemikian jarang berlaku.

“Saya meminta pihak media sentiasa memberi liputan kepada nasib dan apa yang seterusnya akan terjadi ataupun keadaan ekonomi mangsa di masa hadapan.

“Keadaan ini adalah satu cara di mana kita dapat belajar supaya situasi dan bencana ini tidak berlaku lagi di masa mendatang,” katanya.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkenan melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, semalam.

Keberangkatan Tunku Puteri Intan Safinaz diiri­ngi isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) turut meng­agihkan barangan bantuan asas termasuk pek makanan, kit kebersihan diri termasuk tikar dan selimut.

Selain itu, BSMM juga memberikan pemeriksaan kesihatan asas kepada golongan rentan terutamanya warga emas dan kanak-kanak serta bantuan sokongan psikososial.

Tragedi kebakaran letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke PPS kerana kemusnahan kediaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN