‘Tak ada duit, tiada jentera, tapi nak jadi ketua’

‘Tak ada duit, tiada jentera, tapi nak jadi ketua’

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN)  ditegur agar bersama-sama membuat persiapan dalam bentuk kewangan untuk pilihan raya akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Pas sebelum ini banyak berkorban menyediakan kewangan dan peralatan ketika berkempen termasuk mengerahkan jentera memenangkan setiap calon PN.

Beliau berkata, parti terbabit kemudian dilihat mahu menjadi ketua namun gagal menyedari realiti kekurangan yang dialami oleh mereka.

“Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.

“Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja. Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (Pas) semua. 

“Jangan sampai kita ungkit kesemuanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-71 di sini semalam.

Menteri Besar Kedah itu tidak menyebut mana-mana pihak, namun PN kini ditunjangi tiga parti utama iaitu Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Muhammad Sanusi beliau berharap rakan-rakan komponen dapat memahami situasi itu.

“Rakan-rakan yang tak bayar duit, tak ada peralatan, gantunglah kain batik dan kain pelikat, (kos pilihan raya) mahal ceq oi bukan murah,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN