Liverpool buru Piala Eropah ketujuh

Liverpool buru Piala Eropah ketujuh

Arne Slot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Arne Slot bertekad mahu membawa pulang Piala Eropah ketujuh ke Anfield apabila Liverpool kembali menghiasi pentas gemilang Liga Juara-Juara (UCL) minggu ini.

Slot, yang kini memasuki musim kedua bersama The Reds, mengakui skuadnya berdepan ujian getir apabila Atletico kendalian Diego Simeone bertandang ke Anfield pada awal pagi Khamis.

“Ini pentas yang berbeza, setiap keputusan sangat bermakna. Kami perlu bijak, berdisiplin dan fokus sepanjang 90 minit,” kata Slot.

Tanpa kelibat Federico Chiesa dalam skuad kali ini, Slot dijangka perlu memperkukuh bahagian serangan dengan nama penyerang baharu, Alexander Isak terus dikaitkan sebagai sasaran baharu.

Di posisi pertahanan, pengendali dari Belanda itu berdepan ‘dilema positif’ dengan Kembalinya Jeremie Frimpong dan Conor Bradley memberikan lebih pilihan selepas Dominik Szoboszlai beraksi cemerlang sebagai bek kanan dalam tiga perlawanan terakhir.

“Frimpong ada kepantasan, Bradley lebih mantap secara fizikal, manakala Szoboszlai membuktikan dia boleh mengisi kekosongan itu dengan baik. Situasi sebegini saya anggap satu kelebihan,” ujar Slot.

Di bahagian kiri pula, Milos Kerkez menerima teguran pengendali itu selepas cuba melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti menentang Burnley, tindakan yang hampir mengundang padah apabila dia dilayangkan kad kuning.

“Ya, saya sudah beritahu dia ia bukan tindakan bijak. Dia kata ada sentuhan tetapi itu bukan kekasaran. Ia jelas satu simulasi,” katanya.

Selepas aksi menentang Atletico, Liverpool bakal berdepan pula derbi Merseyside menentang Everton di Anfield, Sabtu ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN