Pak Lah tidak suka bermusuh - Khaled Nordin

Pak Lah tidak suka bermusuh – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin ketika hadir dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan 2025 di Dewan Seroja Kem Kementah di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allahyarham Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi cukup dikenali dan akan dikenang sebagai individu yang sentiasa merendah diri serta bermatlamat ketika melaksanakan tugas. 

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Allahyarham juga merupakan pemimpin yang tenang dan sabar serta tidak suka bermusuh sepanjang tempoh berkhidmat serta dalam arena politik. 

 

Justeru, katanya,  pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara rakyat terutama golongan bumiputera. 

 

“Saya masih ingat semasa saya Menteri Usahawan dan Pembangunan Koperasi,  beliau sentiasa memberi dorongan serta menyokong semua usaha terutama dalam mengangkat agenda bumiputera.

 

“Malah, beliau juga meletakkan kepentingan rakyat negara dan parti lebih daripada diri sendiri. Bukan mudah kalau nak lihat mereka yang pegang jawatan tinggi untuk melepaskannya dan pada masa yang sama mengganggu perkara lain,” katanya ketika ditemui dalam Majlis  Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun hari ini. 

 

Lebih 9,000 pengunjung hadir dalam majlis berkenaan dengan terdiri anggota tentera dan kakitangan Kementerian Pertahanan serta panglima perkhidmatan. 

 

Allahyarham Abdullah merupakan Perdana Menteri Kelima dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan tersebut selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

 

Abdullah juga merupakan individu bertanggungjawab yang memperkenalkan konsep Islam Hadhari dan menekankan pembangunan modal insan serta integriti dalam pentadbiran.

 

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Abdullah pernah memegang pelbagai port- folio termasuk Menteri Pelajaran, Menteri Luar, Menteri Pertahanan, Menteri Belia dan Sukan serta menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya