Nyanyian Siti Nurhaliza, Aina Abdul serikan majlis makan malam Presiden China - Utusan Malaysia

Nyanyian Siti Nurhaliza, Aina Abdul serikan majlis makan malam Presiden China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua penyanyi bersuara emas, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul menjadi penyeri majlis makan malam sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, malam tadi.

Siti dan Aina turut mengangkat martabat seni tanah air apabila tampil membuat persembahan memukau di hadapan delegasi kenamaan negara luar itu.

Menerusi video yang tular, Biduanita Negara tersebut tampil menyanyikan lagu hits tradisional miliknya iaitu Cindai serta The Moon Represents My Heart nyanyian asal Teresa Teng.

Manakala, Aina juga menyampaikan dua buah lagu iaitu Tunggu Sekejap nyanyian seniman P. Ramlee dan karya Mandarin Wo Yao Ni De Ai

Majlis penuh berprestij itu berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis berkenaan turut dihadiri pemimpin utama negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga atas penghormatan yang diberikan kepada kedua-dua penyanyi hebat tanah air tersebut.

“Meremang bulu roma dengar suara Tokti nyanyi lagu Mandarin. Suara dia memang luar biasa, lemak merdu, cukup rasa,” komen netizen.

“Siti merdu, Aina pun tak kurang hebat. Versatil dan berani bawakan lagu klasik dengan gaya tersendiri, bangga sangat dua diva ini dijemput buat persembahan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Bangga tengok artis kita diraikan dalam majlis besar begini,” tulis peminat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya