Mustakim Mohamad dilantik CEO TH baharu 

Mustakim Mohamad dilantik CEO TH baharu 

MUSTAKIM Mohamad dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa pada 6 Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melantik Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) baharu, hari ini. 

Mustakim sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan di TH.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Universiti RMIT, Australia dan merupakan Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata, pelantikan berkenaan penting kerana TH merupakan institusi yang menggalas amanah besar umat Islam.

“Pelantikan pemimpin berwibawa seperti Mustakim adalah usaha memperkukuh tadbir urus TH selaras dengan aspirasi untuk terus cemerlang sebagai institusi kewangan Islam unggul. Pengalaman luas beliau diyakini dapat membawa TH ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustakim membawa pengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan, operasi perkhidmatan deposit, teknologi maklumat dan keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN