Mesyuarat Anwar–NUG tekankan keperluan rakyat Myanmar

Mesyuarat Anwar–NUG tekankan keperluan rakyat Myanmar

ANWAR Ibrahim (kanan) semasa mesyuarat atas talian bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), Mahn Win Khaing Than.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan mendesak rakyat Myanmar dalam mesyuarat maya bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), Mahn Win Khaing Than hari ini.

Mesyuarat selama 40 minit itu berlangsung beberapa jam selepas Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC), Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, di sini semalam.

Menurut Anwar, fokus utama perbincangan adalah memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada golongan paling memerlukan. 

“Kami turut bertukar pandangan mengenai kepentingan dialog yang berterusan. Mahn Win Khaing Than juga terbuka untuk kemungkinan mengadakan pertemuan secara bersemuka di Malaysia pada masa yang sesuai.

“Seperti mesyuarat saya dengan SAC semalam, perbualan ini juga berlangsung dalam suasana yang membina dan kedua-dua pihak tidak membantah terhadap pembabitan ASEAN dengan semua pihak berkepentingan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dalam pertemuan semalam, Anwar turut disertai bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang kini berperanan sebagai Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN.

Anwar turut menyambut baik pembebasan 4,800 tahanan malam tadi sebagai langkah awal meredakan ketegangan. Menurutnya, pembinaan kepercayaan harus diteruskan menerusi pendekatan ASEAN.

Anwar kini berada di Bangkok untuk lawatan kerja dua hari berakhir hari ini, turut menegaskan komitmen ASEAN untuk terus menyokong keamanan dan kebajikan rakyat Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya