Langgar lari: Wanita maut dirempuh pacuan empat roda

Langgar lari: Wanita maut dirempuh pacuan empat roda

LOKASI kemalangan maut yang mengorbankan Roslinah Sinan (gambar kecil) di persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ di Balai Panjang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Balai Panjang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Roslinah Sinan, 53, yang membonceng motosikal Honda Wave 125 disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Hisham Omar, 57, cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Mitsubishi Triton.

“Ketika kejadian, motosikal yang ditunggang Hisham bersama Roslinah dari arah Malim menghala ke Balai Panjang telah berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda dari arah sama, dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh belakang motosikal mangsa,” katanya.

Menurut Christopher, pemandu pacuan empat roda yang berusia 50 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah melarikan diri selepas kejadian sebelum berjaya ditangkap pihak polis.

“Suspek telah ditahan dan ujian saringan awal air kencing serta ujian darah telah dijalankan. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya