Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

Petugas Tabung Haji serta pengurusan Hotel Emaar Royal menunggu ketibaan jemaah haji Malaysia di hotel penginapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia terdiri daripada 284 orang termasuk 31 petugas tiba di Madinah, sebentar tadi.

Jemaah tersebut yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1, Sepang ke Madinah, berlepas kira-kira pukul 4.05 pagi.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan.

Satu majlis meriah diadakan bagi menyambut ketibaan kumpulan jemaah haji tersebut di Hotel Emaar Royal.

Majlis pelepasan jemaah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Malaysia juga terpilih sebagai negara pertama di dunia yang mengagihkan kad Nusuk kepada para jemaah haji di dalam negara sendiri untuk musim haji kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya