KPKM, KPDN terus pantau harga, bekalan telur ayam

KPKM, KPDN terus pantau harga, bekalan telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau bagi memastikan bekalan dan harga telur ayam terjamin di pasaran.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemantauan dibuat susulan kawalan harga dan subsidi telur ayam yang ditamatkan secara berfasa bermula esok sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri sebelum ini pernah diingat mengenai konsep subsidi telur yang diwujudkan ketika pandemik Covid-19 bagi mengatasi kekurangan bekalan dan harga melambung.

“Ketika pandemik terdapat masalah dari segi penghasilan dan bekalan telur ayam, (tetapi) kita lihat hari ini ia menunjukkan trend positif.

“Maka Jemaah Menteri berpandangan bahawa apa yang dicadangkan (penamatan subisidi telur ayam) oleh KPKM itu wajar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu KPKM mengumumkan kadar subsidi telur ayam dikurangkan dari 10 sen kepada 5 sen sebiji, berkuat kuasa mulai Khamis sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk subsidi telur ayam sejak Februari 2022 hingga Disember 2024 bagi menampung peningkatan kos pengeluaran akibat pandemik Covid-19 serta krisis geopolitik membabitkan Rusia dan Ukraine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya