Koperal tertembak diri sendiri akhirnya meninggal dunia

Koperal tertembak diri sendiri akhirnya meninggal dunia

UCAPAN takziah yang dimuat naik ke dalam laman Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang berhubung kematian Koperal A. Francis yang meninggal dunia selepas cedera parah akibat tertembak dirinya sendiri, kelmarin.-GAMBAR/FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian kepala dengan sepucuk pistol dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, kelmarin akhirnya disahkan meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu status terkini yang dimuat naik ke dalam laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang sebentar tadi.

“Dimaklumkan bahawa Koperal A. Francis dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia pada 10 April 2025, pukul 5.12 petang di General Intensive Care Unit (GICU), Hospital Pulau Pinang.

“Mendiang sebelum ini telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat insiden tertembak diri sendiri pada 8 April lalu,” katanya di sini, hari ini.

Makluman rasmi itu turut menyebut bahawa Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad serta seluruh warga kerja PDRM Pulau Pinang mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

“Semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan ketentuan ini serta dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, koperal berusia 58 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat tertembak dirinya sendiri dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang di bilik kawalan IPK Pulau Pinang itu.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut selepas dilaporkan berada dalam keadaan parah susulan kejadian terbabit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya