PETALING JAYA: Kerajaan bersedia meningkatkan hubungan dua hala dengan Syria khususnya dalam bidang ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia komited untuk meningkat hubungan dua hala khususnya dalam bidang ekonomi dan bersedia menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria.
“Saya telah mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu.
“Malaysia komited untuk meningkat hubungan dua hala khususnya dalam bidang ekonomi dan bersedia menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria,” katanya Facebook, hari ini.
Anwar berkata, Ahmad Al-Sharaa menjemputnya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.
Untuk rekod, Ahmad al-Sharaa diisytiharkan sebagai Presiden Republik Arab Syria dalam fasa peralihan, susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad yang memerintah negara itu selama 45 tahun.-UTUSAN











