Kerajaan kena segerakan haramkan vape 

Kerajaan kena segerakan haramkan vape 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengambil langkah berani dengan mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan vape di seluruh negara.

Naib Ketua Pemuda Pas, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, pindaan undang-undang perlu dipercepatkan bagi memasukkan cecair vape dalam Akta Racun 1952 dan membawa semula usul RUU Generasi Penamat Rokok (GEG) ke dalam Parlimen.

“Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas demi melindungi masa depan generasi akan datang daripada gejala vape yang semakin membarah dalam kalangan anak muda dan rakyat Malaysia.

“Dewan Pemuda Pas Menyokong usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan bagi memperketat pengawasan terhadap penggunaan vape, termasuk dalam kalangan pelajar dan golongan muda,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook, hari ini.

Muhammad Hanif turut menyokong langkah Kerajaan Negeri Terengganu yang melarang penjualan vape di seluruh negeri itu bermula 1 Ogos depan.

“Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri itu merupakan satu langkah yang baik dan berpandangan jauh dalam usaha melindungi rakyat, khususnya generasi muda, daripada kesan negatif penggunaan vape,” katanya. 

Kebimbangan itu berdasarkan pelbagai laporan menunjukkan terdapat dadah sintetik di dalam kandungan cecair vape tersebut. 

Pusat Racun Negara (PRN) mendedahkan cecair vape yang sebelum ini dikaitkan dengan ‘magic mushroom’ sebenarnya mengandungi dadah sintetik berbahaya, termasuk ketamin, phencyclidine dan dadah jenis amphetamine, yang boleh menyebabkan keracunan teruk sehingga membawa maut.

Lebih membimbangkan, AADK melalui 50 kajian kes mendapati, ‘magic mushroom’ sebenarnya merupakan ganja sintetik yang diproses dalam bentuk cecair dan disalahgunakan melalui peranti vape. 

Kelompongan dalam kawalan undang-undang terhadap produk vape telah membuktikan kesannya apabila semakin ramai  pelajar sekolah terjebak dengan perangkap penyalahgunaan dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya