Keputusan Elaun Tugas Atas Panggilan dimuktamad Jun 

Keputusan Elaun Tugas Atas Panggilan dimuktamad Jun 

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang diberikan kepada semua petugas kesihatan dimuktamadkan selewat-lewatnya Jun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.  Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dalam perbincangan di peringkat akhir sebelum membuat sebarang keputusan.

“Setakat ini, kita belum dapat membuat keputusan dalam tempoh terdekat dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat nanti. Saya seboleh-bolehnya mahu perkara ini diselesaikan seberapa segera (dalam bulan ini),” katanya dalam sidang akhbar sempena Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan 2025 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Dr.  Dzulkefly berkata, pengumuman mengenai kenaikan ETAP tidak akan dilengahkan kerana beliau memperjuang isu tersebut, di samping mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ada menyebut dalam belanjawan sebelum ini.

ETAP merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan  oleh pegawai perubatan yang merawat pesakit ketika bertugas ‘on-call’ di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan menyerahkan kepada pihak pengurusan tertinggi berhubung dakwaan tindakan kakitangannya yang memberi kritikan kedatangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada sambutan majlis hari raya, baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

“Apa pun saya serahkan kepada pihak pentadbiran atasadi kementerian untuk susuli perkara ini kerana di bawah bidang mereka.Saya sebagai menteri tidak mahu ulas lanjut dan serahkan kepada mereka dan mahu perkara ini segera diharmonikan. Kalau ada pun yang membuat tuduh-tuduhan itu saya harap sangat berhati-hati,” katanya.

Dr.  Dzulkefly berkata, dia juga sudah menjelaskan perkara tersebut bahawa kedatangan Siti Nurhaliza adalah untuk meraikan majlis tersebut bersama Datuk Jamal Abdillah.

Berhubung perkara itu, ruangan komen di Facebook Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, menjadi sasaran kritikan netizen termasuk individu yang dipercayai petugas kesihatan sendiri.

Kebanyakan mereka mempersoalkan perbelanjaan untuk hiburan pegawai kementerian, sedangkan kakitangan kesihatan bergelut dengan kesan sekatan bajet. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya