Jumlah keluar undi rendah bukti ramai pengundi tidak mahu UMNO-DAP - Hamzah

Jumlah keluar undi rendah bukti ramai pengundi tidak mahu UMNO-DAP – Hamzah

HAMZAH Zainuddin hadir pada Majlis Mesra Aidilfitri dan Pelancaran Tabung Bersatu Port Dickson semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Perikatan Nasional (PN) mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini menunjukkan pengundi tidak mahu terhadap gabungan UMNO dan DAP.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya berkenaan namun jumlah 18,000 undi disasarkan parti itu yang tidak berjaya dicapai menunjukkan kerjasama UMNO dan DAP masih belum diterima pengundi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menambah, situasi tersebut berbeza dengan PN yang berjaya mengekalkan jumlah undi seperti pilihan raya umum (PRU) 2022.

“Kalau kita tengokkan keputusan PRK Ayer Kuning, saya bagi pihak PN kami berasa bangga kerana kita dapat mengekalkan jumlah pengundi yang kita terima dalam pilihan raya yang lepas.

“Kalau dibandingkan dengan mereka yang menguar-uarkan bahawa mereka (BN) akan mendapat lebih kurang 18,000 gabungan UMNO dan DAP, akhirnya mereka tidak mencapai angka tersebut.

“Mengapa ia berlaku? mereka menyatakan kerana jumlah keluar mengundi menurun, menurun sebab apa? mungkin orang tidak mahu keluar untuk mengundi, Ini membuktikan bahawa ramai pengundi-pengundi tidak mahu akan gabungan UMNO dan  DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pelancaran Tabung Bersatu Port Dickson, di sini, malam semalam.

Hamzah bagaimanapun berkata, penyokong yang tidak keluar mengundi itu tidak dapat dipastikan sama ada ia datang daripada pengundi DAP ataupun pengundi UMNO.

Keputusan PRK DUN Ayer Kuning yang diumumkan Sabtu lalu menyaksikan calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, menang dengan majoriti 5,006 undi selepas meraih 11,065 undi secara keseluruhan.

Beliau menewaskan calon PN dari Pas, Abdul Muhaimin Malek, 44, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya