JPA Digesa Batalkan Penangguhan HRM Bomba

JPA Digesa Batalkan Penangguhan HRM Bomba

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa membatalkan penangguhan hari rehat mingguan (HRM) untuk anggota bomba yang masih belum diputuskan oleh kerajaan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata pelaksanaan HRM adalah inisiatif penting bagi memastikan kesejahteraan anggota bomba yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Katanya, penangguhan ini memberi kesan buruk kepada semangat anggota bomba yang masih terikat dengan waktu bekerja 60 jam seminggu, berbeza dengan penjawat awam lain yang hanya bekerja 45 jam seminggu.

“Anggota bomba masih terikat dengan waktu bekerja sebanyak 60 jam seminggu mengikut penjadualan normal perjawatan semasa, berbeza dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di bawah ceraian SR 4.4.1 yang menetapkan waktu bekerja asas bagi penjawat awam adalah 45 jam seminggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata, lebih membebankan, waktu bertugas anggota bomba adalah 12 jam setiap syif tanpa waktu rehat yang sempurna. Walaupun selesai syif, mereka masih perlu berada dalam keadaan bersiap sedia dan boleh dipanggil pada bila-bila masa sekiranya berlaku bencana atau kebakaran yang memerlukan kekuatan tambahan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menyatakan bahawa pelaksanaan HRM untuk anggota bomba memerlukan penelitian lanjut dan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Adnan menegaskan bahawa pelaksanaan HRM tidak memerlukan peruntukan kewangan tambahan, sebaliknya ia melibatkan penambahbaikan dalam pengurusan sumber manusia yang lebih efisien dan berperikemanusiaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya