Jakim gesa SKMM ambil tindakan terhadap akaun Facebook ‘Lyan Liu’

Jakim gesa SKMM ambil tindakan terhadap akaun Facebook ‘Lyan Liu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook ‘Lyan Liu’, susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur kebencian dan hasutan yang boleh menggugat keharmonian kaum serta agama di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya telah mengemukakan aduan rasmi kepada SKMM untuk siasatan lanjut serta tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Jakim telah mengemukakan aduan kepada SKMM agar tindakan sewajarnya dapat diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, memandangkan kandungan (hantaran) tersebut jelas berunsur ekstremisme, kebencian agama dan perkauman.

“Kenyataan dimuat naik individu berkenaan mengandungi unsur penghinaan keterlaluan terhadap agama dan bangsa, jelas bertentangan dengan prinsip keharmonian antara kaum dan agama yang telah lama dipelihara di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sirajuddin berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan mengganggu ketenteraman awam sekiranya tidak dibendung segera.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh atau bertindak mengikut emosi terhadap kenyataan berkenaan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Tindakan dan respons yang tidak terkawal hanya akan memburukkan lagi keadaan. Semua pihak perlu bertindak rasional demi menjaga keamanan dan keharmonian negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya