Hanafi lelong tembikai RM1 sebiji

Hanafi lelong tembikai RM1 sebiji

MUHAMMAD Hanafi Sani (kanan) menunjukkan sebahagian tembikai yang dilelong RM1 sebiji di Kampung Telaga Papan, Setiu, Terengganu. – UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang petani muda di Kampung Telaga Papan di sini, terpaksa melelong tembikai RM1 sebiji berikutan berlaku lambakan di pasaran.

Muhammad Hanafi Sani, 24, berkata, buah tembikai itu di­lelong untuk mendapat sedikit pulangan bagi menampung kos tanaman dan mengelakkannya rosak di ladang.

Katanya, dia melelong tembikai kira-kira tiga tan metrik sehari di tepi jalan utama di kampung berkenaan dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Kebanyakan tembikai yang dilelong gred B yang kebiasaannya dijual paling murah RM1.50 sekilogram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Muhammad Hanafi berkata, tembikai gred A pula hanya dijual semurah 50 sen sekilogram.

Katanya, sebahagian tembikai gred A itu dipasarkan di Kelantan, Johor dan Kedah.

“Harga tembikai yang murah di pasaran ketika ini menjejaskan pendapatan pengusaha tanaman tembikai di negeri ini,” ujarnya.33333

Katanya, pada tahun ini, dia menanam tembikai di seluas kawasan 20 hektar dengan sasaran hasil sebanyak 300 tan metrik.

Bagaimanapun, katanya, ha­sil tembikai juga merosot apabila banyak buah tersebut rosak akibat banjir yang berlaku di sini pada 2 April lalu.

Setakat ini, menurutnya, dia hanya dapat memasarkan kira-kira 60 tan metrik kerana sebahagian buah rosak akibat ditenggelami banjir.

“Di kampung ini, terdapat seramai 15 petani mengusahakan tanaman tembikai secara berkelompok di kawasan seluas 60 hektar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×