Guna orang tengah, peneroka rugi tanpa sedar

Guna orang tengah, peneroka rugi tanpa sedar

SEGELINTIR peneroka yang menggunakan orang tengah atau peraih untuk menjual hasil kelapa sawit menyebabkan wujud pelbagai isu ketirisan dan kerugian tanpa sedar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir peneroka yang menggunakan orang tengah atau peraih untuk menjual hasil kelapa sawit menyebabkan wujud pelbagai isu ketirisan dan kerugian tanpa sedar.

Timbalan Pengarah Besar Perladangan Felda, Izham Mustaffa berkata, wujud peratusan terutama di beberapa rancangan yang menggunakan orang tengah untuk berurus niaga namun akhirnya ditipu dengan harga yang lebih rendah.

“Masih ada situasi di beberapa rancangan yang menyebabkan peneroka terpaksa menggunakan peraih untuk berurus niaga sehingga dimanipulasi. Ada segelintir peneroka percaya dengan dakwaan tidak benar.

“Segelintir mereka tidak percaya dengan sistem sedia ada, kononnya harga rendah dan kadar perahan minyak sawit (OER) tidak baik. Situasi ini menyebabkan Felda melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu peneroka.

“Peneroka mengusahakan tanaman kelapa sawit untuk mendapatkan pendapatan. Sebab itu, yang penting dalam rantaian industri kelapa sawit adalah urus niaga. Ada yang ditipu, dimanipulasi dengan harga rendah. Berlaku kepincangan yang merugikan peneroka tanpa sedar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Perladangan Felda, Razuwan Che Rose berkata, kewujudan pihak ketiga yang menangguk di air keruh ini merugikan peneroka yang seharusnya menerima keuntungan maksimum hasil tanaman mereka.

“Apabila buah-buah sawit dihantar ke kilang Felda, mereka menikmati hasil pendapatan yang maksimum baik dari segi penimbang, perahan dan harga.

“Tetapi apa yang berlaku di beberapa kawasan, ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan. Peneroka hantar ke pihak ketiga dan sawit tersebut dihantar pula ke kilang. Wujud ketirisan di tengah proses tersebut.

“Itu yang menyebabkan ramai peneroka tepuk dahi dan berdepan kerugian kerana wujud ketirisan yang tidak sepatutnya berlaku jika proses penjualan sawit itu berlaku mengikut standard,” katanya.

Sebelum ini, tindakan segelintir peneroka yang menggunakan orang tengah atau peraih untuk menjual hasil kelapa sawit menyebabkan kerugian yang dianggarkan RM200 juta hasil penjualan sawit yang tidak sistematik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya