Guna helikopter bawa turun pendaki wanita cedera

Guna helikopter bawa turun pendaki wanita cedera

PASUKAN penyelamat membawa turun pendaki wanita yang mengalami kecederaan ketika mendaki di Air Terjun Langsir, Gunung Cemerong, Dungun, Terengganu petang semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang wanita yang cedera ketika mendaki Air Terjun Langsir, Gunung Chemerong, Hulu Dungun, di sini, terpaksa dibawa turun menggunakan bantuan helikopter, petang semalam. 

Mangsa yang berusia 37 tahun itu dibawa turun dari kawasan gunung itu oleh pasukan  penyelamat kira-kira pukul 6.43 petang.

Pegawai Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama 20 lagi rakannya memulakan pendakian sejak Sabtu lalu dan dijadual turun petang semalam. 

“Sepasukan anggota bomba  ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat dan sebaik sahaja  tiba, kita dapati mangsa mengalami keletihan dan turut cedera di bahagian buku lali.  Pasukan terpaksa mendapatkan bantuan helikopter kerana mangsa tidak dapat dibawa turun menerusi laluan darat,” katanya hari ini. 

Kasyfi Syahmi berkata, pendaki lain turun dengan menggunakan laluan darat dan selamat tiba di kawasan perkelahan Air Terjun Chemerong, kira-kira pukul 10.55 malam tadi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya