Gadis maut terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium

Gadis maut terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang gadis terbunuh dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Tanjung Tokong di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam yang kebetulan berada di lokasi kira-kira pukul 4.05 petang tadi.

“Siasatan awal polis mendapati, si mati ialah seorang remaja perempuan berusia 20 tahun dan merupakan seorang warga tempatan.

“Dia disyaki terjatuh dari rumahnya di tingkat 11, kondominium tersebut dan didapati telah meninggal dunia (ketika dijumpai) di tingkat bawah kondominium berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Abdul Rozak, hasil siasatan setakat ini juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.

“Mayat si mati telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya yang memberitahu, satu Laporan Mati Mengejut (LMM) juga telah dibuka untuk siasatan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya