ESGAM, The Exchange Asia jalin kerjasama iktiraf pencapaian ESG

ESGAM, The Exchange Asia jalin kerjasama iktiraf pencapaian ESG

KERJASAMA strategik antara ESGAM dan Magnate Media Sdn Bhd yang dimeterai baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ESG Association Malaysia (ESGAM) menjalin kerjasama strategik bersama The Exchange ASia menerusi Magnate Media Sdn Bhd, bagi memperkukuh Anugerah ESG Plus 2025.

Presiden ESGAM, Prof. Cheah Kok Hoong, berkata, anugerah tersebut penting bagi bagi mengiktiraf pencapaian penting dalam landskap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di Asia.

Katanya, ia juga menjadi landasan penting bagi penanda aras, perkongsian ilmu serta inspirasi merentas pelbagai industri berkaitan ESG.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, ESGAM akan membawa kepakaran kolektif untuk memastikan standard integriti dan impak yang tertinggi.

“Platform ini direka bagi menarik penyertaan daripada pelbagai jenis organisasi, termasuk syarikat tersenarai awam, korporat, syarikat milik kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat pemula, inisiatif serantau berasaskan ESG dan juga individu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Kok Hoong berkata penyertaan syarikat tersenarai awam dan korporat dalam ESG PLUS Awards membuka peluang untuk mereka melangkaui aspek pematuhan serta menampilkan kepimpinan dalam bidang ESG.

“ESG PLUS berfungsi sebagai platform untuk memaparkan impak yang boleh diukur, berkongsi kajian kes berkaitan ESG serta menjenamakan organisasi sebagai entiti yang progresif dan bertanggungjawab.

“Dalam persekitaran perniagaan yang semakin dipacu oleh elemen kelestarian dan keprihatinan pemegang taruh, pengiktirafan ESG mampu meningkatkan keyakinan pelabur, menarik bakat, memperkukuh kepercayaan dan mewujudkan penanda aras untuk dicontohi,” katanya.

Beliau berkata, dengan sokongan ESGAM serta kerjasama strategik bersama The Exchange Asia, anugerah berkenaan bakal menjadi pentas awam yang membawa impak bermakna kepada pembangunan ESG serantau.

Sementara itu, Pengarah Magnate Media, Jasmine Cheung, berkata kerjasama dengan ESGAM mencerminkan komitmen syarikat terhadap akauntabiliti, keterangkuman dan impak jangka panjang di seluruh Asia.

“Menerusi ESG PLUS, kami bukan sekadar mahu memberi pengiktirafan, tetapi juga membina satu platform yang mencabar syarikat untuk memimpin secara bertanggungjawab, berinteraksi dengan lebih bermakna serta berkembang secara mampan.

“Dengan ESGAM sebagai rakan strategik, kami yakin dapat mewujudkan saluran berimpak tinggi yang mampu membentuk masa depan ESG di rantau ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya