Empat remaja daki Bukit Bendera cedera akibat terjatuh

Empat gadis daki Bukit Bendera cedera akibat terjatuh

ANGGOTA bomba membantu mengusung seorang mangsa yang cedera selepas terjatuh ketika mendaki Bukit Bendera, Pantai Teluk Mak Nik, di Kemaman, Terengganu. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kegembiraan empat remaja perempuan mendaki Bukit Bendera, Pantai Teluk Mak Nik di sini, hampir bertukar tragedi apabila keempat-empat mereka terjatuh, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan seorang mangsa, Irish Batrisya Hulaimi, 18, cedera di bahagian pinggang dan terpaksa dibawa turun oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Tiga lagi rakannya yang masing-masing berusia lingkungan 18 tahun cedera di bahagian muka, pipi dan dagu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Juniadi Mohd, berkata, difahamkan, ketika kejadian, seorang daripada mangsa tergelincir dan mungkin berpaut pada rakannya menyebabkan kesemua remaja itu terjatuh.

“Mereka kemudian bangun dan berjalan seperti biasa kira-kira 300 meter sebelum salah seorang daripada remaja itu dilaporkan lemah dan tidak dapat berdiri. Rakannya bertindak menghubungi pasukan penyelamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya