DUN Kedah: Pembangkang saran kerajaan negeri pantau LRA Bukit Selambau

DUN Kedah: Pembangkang saran kerajaan negeri pantau LRA Bukit Selambau

BAU WONG BAU EK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri diminta memantau kerja-kerja menaik taraf pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau yang kini menghadapi masalah kelewatan.

Ketua Pembangkang, Bau Wong Bau Ek berkata, kerajaan perlu memastikan kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan dan membaiki kelemahan sedia ada di tapak pembinaan.

Menurutnya, jika LRA Bukit Selambau tidak dapat disiapkan seperti dirancang, kerajaan negeri wajar menyediakan pelan alternatif bagi memastikan projek itu disiapkan demi kepentingan rakyat Kedah.

“Ketika ini lanjutan masa (EOT) ketiga telah diberikan kepada kontraktor yang tempohnya akan berakhir pada 16 November ini. Maklumat ini saya perolehi ketika iringi Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir melawat tapak pembinaan LRA itu minggu lepas.

“Saya bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi mahu bantu selesaikan masalah secara bersama,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah Sultan Kedah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Bau Wong (PH-Sidam) turut bimbang projek itu tidak mampu disiapkan dalam tempoh ditetapkan memandangkan komponen utama projek seperti pam belum dibeli dan difahamkan proses mendapatkan pam mengambil masa sehingga enam bulan.

“Di beberapa kawasan di Kedah, bekalan air bersih masih menjadi isu utama. Penambahbaikan infrastruktur pembekalan air perlu diberi perhatian untuk memastikan air lebih bersih dapat disalurkan.

“Setiap pandangan dan kritikan disuarakan bersifat membina untuk kepentingan negeri dan rakyat, bukannya sebagai kecaman yang mengundang perbalahan. Saya harap kerajaan negeri dapat menerima dengan hati terbuka sebarang pandangan daripada pembangkang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya