Bina set kampung, 6 Jilake sudah macam filem Hollywood - Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Bina set kampung, 6 Jilake sudah macam filem Hollywood – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon filem 6 Jilake, Bell Ngasri, memuji usaha pengarah, Aziz M Osman, dan pasukan produksi yang membina sebuah kampung ala-ala abad ke-17 untuk menjayakan naskah 6 Jilake. 

Bell atau Nasrizal bin Ngasri, 44, menyamakan set yang dibina di Gopeng, Perak itu dengan filem luar negara bertaraf Hollywood.

“Kalau anda nak tau, set Kampung Ketayap itu memang dibina sendiri lengkap dengan lima buah rumah, penjara dan warung. Termasuklah menara tinggi di kampung tersebut. 

“Mereka bina semua itu di sebuah tasik di Gopeng yang saya tidak ingat namanya. Saya boleh kata, filem ini memang dibuat ‘kaw kaw’ sudah seperti naskhah Hollywood,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Jelas Bell, tidak banyak filem di Malaysia yang sanggup melakukan usaha sebegitu kerana melibatkan kos yang tinggi, namun Aziz bertegas mahu membina set tersebut agar naskhahnya kelihatan nyata di layar. 

“Memang pengarah ambil inspirasi daripada filem Hollywood. Empat bulan mereka buat tempat ini. Kawasan itu memang cantik, siap ada tasik, jeti dan sampan ala-ala zaman dahulu. Pakaian setiap pelakon pun sama. 

“Ada juga penggunaan ‘green screen’ untuk beberapa bahagian. Maksudnya teknologi pun Aziz usahakan sebaiknya.

“Bagi saya, bukan selalu filem kita boleh dapat ‘setting’ begini. Mungkin Mat Kilau atau beberapa iklan yang pernah saya berlakon semasa kecil. Sayangnya hujung penggambaran, mereka letupkan set itu,” ceritanya. 

Filem 6 Jilake mengisahkan tentang sekumpulan samseng upahan  yang dikenali sebagai ‘6 Jilake’ yang ditugaskan oleh syarikat penjajah Hindia Timur Belanda untuk menakluk dan memonopoli lombong bijih timah di negeri Perak.

Filem ini ditayangkan bermula 24 April lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya