Wanita trauma dicabul lelaki ceroboh bilik sewa  - Utusan Malaysia

Wanita trauma dicabul lelaki ceroboh bilik sewa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita trauma selepas menjadi mangsa cabul di bilik sewanya di Cheras yang diceroboh seorang lelaki, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa 21 tahun yang sedang tidur tersedar apabila badannya ditindih oleh suspek berusia 24 tahun yang berada di dalam bilik tidurnya.

Mangsa yang terkejut melihat kehadiran lelaki terbabit terus menjerit dan menyebabkan suspek memberi alasan tersalah masuk bilik sebelum menghentikan perbuatannya.

Wanita itu kemudian menghubungi ejen rumah memaklumkan kejadian itu sebelum mereka menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan suspek sudah ditahan.

Katanya, polis menerima laporan pada pukul 11.20 pagi semalam terhadap suspek yang melakukan perbuatan cabul ke atas wanita di sebuah kediaman di Cheras.

“Ketika ditahan suspek berada bawah pengaruh alkohol dan bekerja di sebuah pusat permainan video.

“Suspek telah datang ke rumah rakannya ketika kejadian sebelum ditahan mencabul mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 5 Januari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN