Baim Wong tepis tuduhan hidap NPD - Utusan Malaysia

Baim Wong tepis tuduhan hidap NPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Baim Wong, menolak tuduhan yang mengaitkan dia dengan penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD).

Jelas Baim kepada portal Liputan6, malah saringan kesihatan mental yang dilakukannya baru-baru ini mengesahkan dia bebas daripada penyakit tersebut.

“Alhamdulilah saya sihat, tidak ada penyakit mental yang perlu saya khuatirka . Allah Maha Baik. Bagi saya penyakit itu adalah privasi seseorang, dan itu kadang merupakan luka bagi orang tersebut.

“Bukanlah saya ingin menyembunyikan sesuatu, tapi kerana ini berkaita  hak asasi seorang manusia, iaitu hak privasi, harga diri, dan kendali atas cerita hidupnya. Penyakit, terutama yang berat atau berbahaya, bukan hanya soal perubatan,” kongsinya.

Sebelum ini, bekas isteri pengarah filem Lembayung itu, Paula Verhoeven, mencuri perhatian selepas memuat naik perkongsian di media sosial mengenai penghidap NPD.

Netizen, yang berteka-teki susulan itu mengandaikan perkongsian itu ditujukan kepasa Baim.

Untuk rekod, perkahwinan bekas pasangan suami isteri itu ternoktah pada Oktober tahun lepas.

Baim dan Paula yang mendirikan rumah tangga pada November 2018, dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano dan Kenzo.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN