Alif Ahmad tidak sepatutnya disiasat - Nurul Izzah

Alif Ahmad tidak sepatutnya disiasat – Nurul Izzah

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Alif Sosial tidak sepatutnya disiasat hanya kerana membuat cabaran atau kenyataan membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kata Nurul Izzah, beliau menegaskan bahawa dirinya mahupun mana-mana pegawai tidak pernah membuat sebarang laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Aliff seperti didakwa.

“Saya tidak mengenali beliau ataupun pernah bertemu dengan beliau. Saya juga tidak pasti cara beliau mencari rezeki, tetapi sudah tentunya kita harus menyokong segala usaha yang mengikuti garis panduan undang-undang.

“Namun yang pasti, beliau tidak sepatutnya disiasat hanya kerana membuat cabaran atau kenyataan seperti yang dinyatakan mengenai saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aliff dalam perkongsian malam tadi mendakwa telah dipanggil MCMC selepas menawarkan untuk membuat Scrut ke atas Nurul Izzah.

Aliff Ahmad dalam perkongsian di Facebook mendakwa telah menerima notis memintanya untuk hadir ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pada 8 malam tadi.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, justeru itu adalah penting untuk semua pihak berhati-hati dalam membuat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi dan menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak tanpa asas yang kukuh.

“Selainnya, kita berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Moga Allah memberkati segala usaha kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya