Kerjasama dengan DAP tidak jejas sokongan kepada BN

(5 Soalan) Kerjasama dengan DAP tidak jejas sokongan kepada BN

AHMAD Maslan bersama petugas media ketika melawat Pusat Media PRK Ayer Kuning di Tapah, semalam. UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH: Strategi Perikatan Nasional (PN) yang terus memainkan isu kerjasama Barisan Nasional dan DAP secara agresif tidak mampu mempengaruhi sokongan akar umbi terhadap BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, DATUK SERI AHMAD MASLAN berkata, pengundi tradisi BN sukar untuk ditembusi gabungan parti pembangkang kerana mereka sedar akan jasa dan pengorbanan kerajaan kepada mereka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkongsi kepada wartawan Utusan Malaysia, MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM mengenai pendekatan mengekalkan sokongan orang lama kepada BN yang menjurus kepada kemenangan pada PRK DUN Ayer Kuning.

UTUSAN: Bagaimana tahap perkembangan kempen BN khususnya UMNO setakat ini?
AHMAD MASLAN: Setakat ini, semua gabungan parti termasuk Pakatan Harapan sedang melakukan tugas dengan sebaiknya dan kita yakin mampu menang dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini.

Bagaimana sokongan akar umbi terhadap kerjasama BN dan DAP setakat ini?
Sokongan akar umbi masih kekal kerana parti masing-ma­sing ada penyokong tegar (kategori putih). Sukar untuk mereka beralih arah. Strategi PN memainkan isu kerjasama BN dan DAP ini dah lama. Kami bukan bekerjasama dengan DAP semata-mata tetapi gabungan PH. Ketua PH bukan DAP tetapi PKR itu yang pasti. Saya yakin sokongan mereka tidak berubah dan tetap konsisten.

Bagaimana sokongan pengundi Melayu?
Sebenarnya undi kaum Melayu ini telah berpecah kepada dua iaitu BN dan PN. Itu fakta tetapi pengundi perlu sedar dan fikir kerajaan sekarang ialah Kerajaan Perpaduan di negeri serta pusat. Sekiranya mereka memilih calon PN, apa yang dia boleh buat kerana luar daripada kerajaan. Kita berharap mereka (pengundi kaum Melayu) dapat berfikir dengan sewajarnya faham konsep ‘real politic’ ini. Imej BN sederhana dan calon kita berpendidikan tinggi, profesional dan dekat dengan golongan muda.

Sokongan pengundi bukan Melayu pula?
Pengundi bukan Melayu, kita ada MIC dan MCA selain DAP khususnya yang membantu kita. Berdasarkan rekod terdahulu, mereka menyokong parti Kerajaan Perpaduan dan harap ia berulang pada kali ini.

Pendekatan menarik sokongan pengundi atas pagar?
Ini yang menjadi perhatian kita kerana agak mencabar mempengaruhi mereka tetapi baiklah seperti yang saya katakan sebentar tadi, apa faedah­nya jika memilih calon parti pembangkang selain itu sebaiknya mereka memikirkan jasa-jasa kerajaan kepada mereka sendiri dan ibu bapa berhubung pendidikan, peluang pekerjaan dan kemudahan asas yang sediakan oleh kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×