57 rumah JKR rosak dilanda ribut

57 rumah JKR rosak dilanda ribut

AHMAD Maslan (dua, kanan) melawat khemah sementara yang dibina di surau berhampiran susulan 57 rumah teres kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuarters JKR Batu 4, Sungai Besi rosak akibat dibadai ribut petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 57 buah rumah teres melibatkan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuarters JKR Batu 4, Sungai Besi rosak dibadai ribut petang tadi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian mangsa kini terpaksa berlindung dalam khemah sementara yang dibina di surau berdekatan.

Jelasnya, pihak kementerian memerlukan peruntukan kira-kira RM3 juta untuk proses pembaikan kediaman yang rosak itu.

“RM3 juta diperlukan untuk baiki keseluruhan. Ada 150 kuarters rumah teres selain rumah apartment di kawasan ini.

“Kementerian Kerja Raya akan memberi pertimbangan kelulusan sewajarnya. Saya telah menghulurkan sedikit bantuan kepada semua keluarga mangsa yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman dan Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Ibrahim Esa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN