JOHOR BAHRU: Warga emas yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menampar seorang pemuda bukan Islam, didakwa semula petang semalam. Walau bagaimanapun, Abdul Razak Ismail, 65, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang pemuda di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada pukul 6.15 petang, Ahad lalu.…