SABAN tahun, sambutan Aidilfitri bagi keluarga Rogayah Ismail, 69, berlangsung penuh meriah di kediamannya di Kampung Tahan, Kuala Kangsar, Perak. Kesemua tujuh anak di samping menantu dan 20 cucu pulang ke kampung bagi meraikan Syawal bersama-sama. Riuh-rendah suasana rumah dengan usikan mesra dan gelak tawa mereka sama ada ketika berbual, mengemas mahupun memasak. Melihat keakraban keluarga ini, hati terdetik untuk mengetahui rahsia atau amalan mereka kekal rukun dan harmoni terutama…










