Teruja Tengku Hassanal sampaikan kereta raya

Teruja Tengku Hassanal sampaikan kereta raya

TENGKU HASSANAL Ibrahim Alam Shah (tiga dari kiri) berkenan menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kereta Perodua Axia kepada pemenang, Amy Naiima Wong Muhammad Wong Kim Hwa (dua dari kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang penuntut kolej teruja dan terkejut apabila hadiah cabutan bertuah kereta raya diperolehnya dicabut dan disampaikan sendiri oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berkenan berangkat ke Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini malam semalam.

Penuntut berkenaan, Amy Naiima Wong Muhammad Wong Kim Hwa, 19, berkata, hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan berdebarnya ketika namanya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kereta Perodua Axia.

“Ketika mula nama diumumkan, memang saya kaku terdiam seketika kerana terkejut jadi pemenang hadiah utama kereta. 

“Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya, menggeletar sampai salah naik tangga hendak naik atas ambil hadiah yang disampaikan pula oleh Tengku Mahkota Pahang,” katanya ketika ditemui di Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini semalam.

Cabutan bertuah setiap minggu merupakan kelainan yang dibuat khas oleh Mitashamika Resources untuk menghargai pengunjung yang membuat pembelian di bazar Aidilfitri berkenaan.

Pada cabutan minggu keempat semalam, enam hadiah disediakan buat pengunjung bertuah iaitu kereta, sebuah motosikal, skuter elektrik, penyaman udara dan dua hamper makanan.

Amy Naiima Wong berkata, dia tidak menyangka baju raya RM400 sepasang dibelinya minggu ini membolehkannya menjadi pemenang hadiah utama cabutan bertuah disediakan oleh pihak penganjur, Mitashamika Resources.

“Syukur Alhamdulillah, kereta ini akan dijadikan kereta keluarga atau saya akan bawa balik ke kolej di Melaka. Ia belum diputuskan lagi. Apa-apapun terima kasih kepada pihak penganjur,” katanya.

Penganjur bazar, Shafieq Johari berkata, pihak pengurusan Mitashamika Resources menjunjung kasih di atas kesudian Tengku Mahkota Pahang berangkat ke bazar Aidilfitri Dataran Sekilau.

“Alhamdulillah, keberangkatan Tengku Mahkota Pahang begitu bermakna buat pihak pengurusan bazar dan juga para peniaga di sini.

“Keberangkatan baginda turut memberi impak positif terutama kepada peniaga di sini kerana kehadiran pengunjung malam ini (semalam) agak luar biasa berbanding hari-hari sebelum ini,” katanya.

habis

kapsyen

TENGKU HASSANAL Ibrahim Alam Shah (tiga dari kiri) berkenan menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kereta Perodua Axia kepada pemenang, Amy Naiima Wong Muhammad Wong Kim Hwa (dua dari kanan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya