'Tak betul saya tak jaga Terengganu' - Utusan Malaysia

‘Tak betul saya tak jaga Terengganu’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa tanggapan segelintir pihak kononnya beliau meminggirkan Terengganu dalam pentadbirannya adalah salah.

Perdana Menteri berkata, pelbagai projek pembangunan dan pembelanjaan diperuntukkan kepada Terengganu hasil daripada kerjasama antara Pusat dan negeri.

Beliau turut menyenaraikan projek-projek mega dan untuk manfaat rakyat yang dilaksanakan di negeri ini.

“Saya sebut ini sebab ada yang salah faham, diorang kata Anwar tak jaga Terengganu, tak betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Terengganu yang dihadiri kira-kira 1,500 orang di Masjid Sultan Ahmad di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Anwar memberikan beberapa contoh bantuan kerajaan seperti menerusi Prestasi Perbelanjaan Program atau Projek Pembangunan Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 peringkat negeri.

Katanya, berdasarkan Belanjawan 2025, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.836 bilion bagi Belanja Pembangunan di Terengganu berbanding 2024 yang diperuntukkan sebanyak RM1.597 bilion.

Sementara itu, merujuk sumber Data MyProjek sehingga 10 Mac lalu, Terengganu mempunyai 432 program dan projek.

Sehingga 10 Mac 2025, sebanyak 1,363 program atau projek yang telah siap dengan kos keseluruhan RM60.10 bilion merangkumi semua negeri di Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak 83 projek telah siap di Terengganu dengan kos keseluruhan RM1.826 bilion.

“Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2.243 bilion keseluruhan bagi pelbagai projek tebatan banjir dan pemuliharaan muara sungai hakisan pantai di negeri Terengganu.

“Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar peruntukan adalah terdiri daripada projek pemuliharaan muara sungai dengan nilai keseluruhan sebanyak RM999.86 juta, manakala selebihnya merupakan projek-projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM581.39 juta dan Projek Loji Rawatan Kumbahan Dan Rangkaian Paip Pembetungan bernilai RM662.26 juta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya