Sempat 'turunkan' isteri sebelum maut kemalangan

Sempat ‘turunkan’ isteri sebelum maut kemalangan

KEADAAN motosikal Mohd. Shafie  Mat Shah yang maut dalam kemalangan di Kilometer 345.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 selepas Plaza Tol Kuala Dungun, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penunggang motosikal seolah-olah tahu ajalnya apabila dia sempat menumpangkan isterinya kepada rakan, sebelum dia meneruskan perjalanan dan maut dalam kemalangan di Kilometer 345.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Plaza Tol Kuala Dungun, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, Mohd. Shafie Mat Shah, 32, yang berasal dari Felda Neram 1, Kemaman  maut di lokasi kejadian selepas motosikal jenis Yamaha NVX  ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori treler muatan kayu. 

Rakannya, Firdhaus Mohamad, 26, berkata, sebelum kejadian, mereka yang merupakan ahli kelab permotoran berkonvoi dari Kemaman, menyertai majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Dungun. 

“Pada awalnya, rakan saya membonceng isterinya. Namun, ketika dalam perjalanan pulang dan mahu memasuki lebuh raya, dia berhenti seketika dan meminta isterinya membonceng motosikal peserta wanita sebelum dia menunggang motosikal seorang diri. 

“Dia seolah-olah tahu ajalnya akan tiba. Kira-kira 10 minit selepas dia berlalu pergi, kemalangan itu berlaku dan dia maut di lokasi kejadian,” katanya di lokasi kejadian. 

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang peniaga bertindak sebagai jurufoto konvoi itu bergerak lebih awal untuk mengambil gambar peserta lain. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian belakang treler dengan muatan kayu yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya