Rundingan konflik Thailand-Kemboja muktamad Khamis ini

PARLIMEN: Rundingan konflik Thailand-Kemboja muktamad Khamis ini

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rundingan pertikaian konflik sempadan Thailand-Kemboja dijangka akan dimuktamadkan Khamis ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketua-ketua tentera khususnya jeneral yang terlibat di sempadan kedua negara akan berada di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertemuan yang diselaraskan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

“Kita harapkan beberapa titik pertemuan diselaraskan Malaysia dapat dimeterai sebelum atau pada Khamis ini

“(Ini) kerana pada 7 Ogos Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand akan bersama untuk mencapai kesepakatan. Mudahan ada penyelesaian muktamad dan tegas (sama ada) hentikan atau teruskan gencatan senjata,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang menyatakan penjelasan mengenai peranan Malaysia dalam usaha menjayakan rundingan perdamaian dan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×