RM2.4 billion subsidi diesel di Sabah, Sarawak

RM2.4 billion subsidi diesel di Sabah, Sarawak

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion ringgit untuk subsidi diesel di negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun 2024. 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,berkata, kerajaan akan melaksanakan  penyasaran subsidi diesel di kedua-dua negeri berkenaan dengan kaedah mesra pengguna dan boleh dilaksanakan di seluruh negara.

Setakat ini katanya, kerajaan masih meneliti mekanisme yang bersesuaian seperti penggunaan MyKad sebagai penyaluran subsidi seperti yang dilaksanakan dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak dan dapat dilihat melalui penurunan ketara jualan diesel di stesen minyak sebanyak kira-kira 25 peratus atau hampir tujuh juta liter sehari. 

“Jualan diesel secara komersial pula menunjukkan peningkatan hampir 50 peratus atau empat juta liter sehari, menggambarkan betapa banyaknya kuantiti diesel bersubsidi yang telah dibeli  sektor industri daripada stesen minyak sebelum harga runcit diesel diapungkan secara terkawal pada masa ini,” katanya pada sesi jawab lisan Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk  Ali Biju (PN-Saratok) berhubung  jumlah subsidi diesel kepada Sabah dan Sarawak sejak pemakluman pengecualian pada Jun 2024. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN