Raih RM10,000 sehari jual manisan  

Raih RM10,000 sehari jual manisan  

NURUL Najeerah Zainun Abidin menunjukkan antara manisan Thailand yang dijual di gerainya di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Ramadan memberi limpahan rezeki buat seorang peniaga apabila mampu meraih jualan kira-kira RM10,000 sehari menerusi 110 juadah manisan Thailand di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh, di sini. 

Nurul Najeerah Zainun Abidin, 30, berkata, dia hanya berniaga kuih-muih Thailand itu setahun sekali iaitu ketika Ramadan sejak lima tahun lalu ekoran mendapat permintaan pelanggan tetap. 

“Daripada 110 jenis juadah ini, ada yang dibuat bergilir-gilir tetapi setiap hari saya pastikan 100 jenis dijual di gerai saya. Manisan ini mempunyai peminat tersendiri yang mana ia sering dicari oleh pelanggan jika mereka bercuti ke negara jiran. 

“Antara manisan yang banyak mendapat permintaan ialah Kuba Guling, Mawkeang, Pulut Pisang, Pulut Nangka, Sekaya Labu, Sekaya Nangka  dan Sekaya Pisang,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh.

Menurut Nurul Najeerah, kuih-muih berkenaan dijual dari harga RM5 hingga RM15 bagi sepotong atau satu bekas mengikut jenis dan kuantitinya yang mana setiap hari antara 30 hingga 50 loyang dijual.

Jualan setiap loyang kuih dianggarkan RM250 selain ada kuih yang dijual RM5 untuk tiga biji dan RM15 bagi satu bekas kecil.

“Bagi kuih tradisional Thailand, saya menggunakan resipi turun temurun daripada nenek yang merupakan warga Tak Bai di wilayah selatan Narathiwat, Thailand. 

“Sejak dulu saya  suka memasak dan selalu belajar memasak daripada nenek setiap kali balik ke negara seberang.” katanya. 

Katanya, berkat usahanya tidak mengenal erti lelah, kini dia mampu mengolah sendiri resepi kuih dan manisan.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN