Prestasi kewangan TH terus positif sejak 2018

Prestasi kewangan TH terus positif sejak 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi kewangan Tabung Haji (TH) menunjukkan peningkatan positif apabila terus mencatatkan peningkatan keuntungan daripada RM2.644bilion pada tahun 2022 kepada RM2.714 bilion pada 2023.

Peningkatan keuntungan itu meneruskan rekod positif TH yang dikecapinya sejak tahun 2020 apabila mencatatkan keuntungan sebanyak RM2.42 bilion, kemudiannya meningkat RM2.455 bilion (2021), RM2.644 bilion (2022) dan RM2.714 bilion (2023).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kadar agihan keuntungan kepada pendeposit juga jelas merekodkan peningkatan secara konsisten daripada tahun 2018 iaitu 1.25 peratus dan meningkat di tahun 2019 sebanyak 3.05 peratus, seterusnya naik ke 3.10 peratus pada 2020.

Katanya, selama empat tahun berturut-turut dari 2020 hingga 2023, TH telah mengumumkan agihan keuntungan pada kadar 3.10 peratus iaitu melebihi kadar simpanan 12 bulan perbankan Islam dan keuntungan tersebut diagihkan setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.

“Saiz deposit dan jumlah pendeposit juga telah meningkat dari RM75.9 bilion dan 8.97 juta pendeposit pada 2020 kepada RM91.7 billion dan 9.54 juta pendeposit pada 31 Disember 2024.

“Peningkatan itu mencerminkan keyakinan tinggi masyarakat terhadap Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Rosni Sohar yang memintanya menyatakan prestasi kewangan TH selepas penstrukturan pada tahun 2018.

Beliau berkata, prestasi itu dicatatkan susulan langkah-langkah memperkukuhkan tadbir urus, operasi dan pengurusan TH yang dimulakan pada tahun 2018.

Katanya, pada tahun 2021, pelbagai inisiatif dilaksanakan TH termasuk melancarkan Rangka Kerja Pengawasan berlandaskan Maqasid Syariah sebagai kawalan tadbir urusnya, menubuhkan semula Panel Pelaburan dan mempertingkatkan Rangka Kerja Pengurusan dan Pemantauan Pelaburan bagi meningkatkan prestasi pelaburan strategiknya di dalam pelbagai sektor.

Tambahnya, pada tahun berikutnya, TH telah melancarkan pelan strategik HIJRAH24 yang mengandungi 24 inisiatif dan dilaksanakan sepanjang tiga tahun bermula 2022 hingga 2024. 

“Lima teras utama pelan ini termasuk pengurusan haji yang cemerlang, menjana pulangan dan lebihan aset yang mampan, meningkatkan simpanan yang stabil, memupuk modal insan terbaik, dan menerapkan prinsip Maqasid Syariah.

“Pelan strategik ini telah berjaya mencapai objektif dan sasarannya apabila hasil yang direkodkan menunjukkan Tabung Haji telah mencatatkan peningkatan dalam kedudukan kewangannya dengan jumlah aset yang lebih tinggi berbanding liability,” katanya.

Mohd. Na’im berkata, melangkah ke hadapan, pengurusan TH telah membangunkan Pelan Strategik jangka sederhana untuk tempoh tiga tahun (2025-2027) yang dinamakan sebagai FAITH27 yang akan dipacu oleh tiga teras utama dan sembilan strategi, bagi mencapai aspirasi TH.

“Pelan strategik itu akan meletakkan TH dalam kedudukan yang kukuh dalam persekitaran luaran yang berkembang pesat, demi memastikan manfaat jangka panjang untuk organisasi dan semua pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya