PKR Selangor sokong Amirudin kekal Naib Presiden

PKR Selangor sokong Amirudin kekal Naib Presiden

Datuk Seri Amirudin Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Amirudin Shari untuk kekal sebagai naib presiden parti dalam pemilihan Mei depan.

Setiausaha Majlis Pimpinan Parti (MPN) PKR negeri, Dr. Mohd. Khairudin Othman berkata, perkara itu diputuskan pihaknya menerusi mesyuarat khas hari ini.

Jelas beliau, pendirian itu bertepatan dengan rekod kerja baik Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden bagi membantu pentadbiran di peringkat parti serta kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. 

“Beliau yang juga Pengerusi MPN negeri turut menunjukkan hikmah kepimpinan ketika menjadi Pengerusi MPN Pahang dalam tempoh penubuhan Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

“Ia menyaksikan fraksi perpaduan negeri Pahang melibatkan komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dapat bergerak seia sekata sehingga kini,” katanya hari ini.

Selain Amirudin, empat penyandang menyatakan hasrat mempertahankan jawatan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan turut mengumumkan hasrat untuk bertanding.

Menurut Mohd. Khairudin, Selangor dijangka muncul sebagai negeri dengan kuasa pemilih terbesar bagi menentukan kepimpinan Cabang PKR.

“Ini sekaligus bakal membentuk kumpulan perwakilan besar bagi pemilihan di peringkat pusat,” katanya.

Menyentuh pertembungan waktu pemilihan PKR dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Mohd. Khairudin berkata, pihaknya turut akan menghantar gerak kerja jentera bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN