Pembangunan bandar jangan pinggir penduduk asal - Dr. Mahathir

Pembangunan bandar jangan pinggir penduduk asal – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan orang Melayu di bandar akan menerima nasib seperti orang Melayu di Singapura jika Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) dilaksanakan kelak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak menolak sebarang pembaharuan, namun janganlah sekali-kali meminggirkan penduduk asalnya.

“Sebagai contoh, tiada lagi Kampung Melayu di Singapura selepas diambil oleh pemaju, malah penempatan orang Melayu pula dipecahkan supaya mereka tidak dapat bersatu.

“Kononnya kita (Malaysia) nak ambil contoh Singapura, dulu Singapura ada Kampung Melayu, sekarang tak ada.

“Inilah yang akan berlaku di Malaysia jika jadikan Singapura sebagai contoh,” katanya dalam sidang akhbar bersama penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur di sini, semalam.

Katanya, jika isu tanah di Kampung Sungai Baru gagal diselesaikan, bagaimana Anwar ingin memberi jaminan nasib orang Melayu di negara ini ter­bela.

Sebelum ini, Anwar memberi jaminan penggubalan URA tidak akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengusir mana-mana pemilik harta asal, tanpa mengira etnik.

Menurutnya, tidak akan ada peruntukan di bawah RUU ber­kenaan yang membenarkan pe­ngusiran pemilik harta bandar.

Media sebelum ini melapor­kan, penduduk asal Kampung Su­ngai Baru, Kampong Bharu tidak akan terpinggir dalam projek pembangunan semula kawasan ter­sebut, malah akan diberi tawaran menarik seperti rumah gantian, bayaran pampasan dan kemudahan oleh pemaju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, pemaju telah menawarkan beberapa bentuk insentif kepada pemilik tanah dan unit flat yang terlibat, termasuk unit gantian berkeluasan 969 hingga 1,200 kaki persegi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya