PATI warga Myanmar dicekup di tebing Sungai Golok

PATI warga Myanmar dicekup di tebing Sungai Golok

ANGGOTA tentera menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di kawasan pangkalan haram berhampiran Sungai Golok dekat Tanah Merah, Kelantan. - IHSAN DUA DIVISYEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar dicekup anggota tentera ketika sedang menunggu bot di kawasan pangkalan haram di Sungai Golok, dekat sini, semalam.

Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang selepas ditinggalkan oleh tekong darat yang dipercayai menguruskan perjalanannya untuk masuk ke Thailand melalui pangkalan haram.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) memaklumkan, lelaki berkenaan dikesan pasukan anggotanya yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan Sungai Golok di kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri.

“Siasatan mendapati, suspek lelaki warga Myanmar itu telah bekerja di sekitar daerah Gua Musang sejak setahun yang lalu. Suspek mendakwa memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak sah dengan bantuan ejen tidak dikenali,”katanya.

Menurutnya, suspek turut mendakwa perjalanannya memasuki kembali Thailand telah diuruskan oleh seorang ejen yang dikenalinya melalui media sosial dengan sejumlah bayaran yang telah ditetapkan.

“Anggaran jumlah barangan peribadi yang ditemui bersama PATI adalah sebanyak RM 1,565. PATI itu telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN