Lelaki mahu jumpa Wan Maimunah, dakwa mirip arwah ibunya 

Lelaki mahu jumpa Wan Maimunah, dakwa mirip arwah ibunya 

WAN Maimunah (dua dari kriri) ketika membantu anaknya berniaga di gerai ayam golek 'Ferris Wheel' di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kehadiran pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz di Terengganu baru-baru ini bukan sahaja mencuri perhatian peminatnya, malah menarik perhatian seorang lelaki yang mendakwa wajah pelakon tersebut mirip arwah ibunya.

Lelaki itu yang menggunakan nama syukriesufian di beberapa akaun media sosial juga menyatakan hasratnya ingin berjumpa pelakon veteran tersebut untuk melepaskan kerinduan terhadap arwah ibunya yang meninggal dunia 19 tahun lalu.

Dia mendakwa pertemuan itu penting untuknya meredakan rasa kesal kerana tidak sempat memohon kemaafan dari arwah ibunya ketika meninggal dunia.

Meskipun sedar Wan Maimunah tidak dapat memberikan kemaafan tersebut, namun lelaki itu tetap mahu berjumpa Wan Maimunah walaupun cuma seketika.

“Assalamualaikum, tahun ini saya nak tebal muka sikit. Saya tahu Wan Maimunah ada di Terengganu niaga ayam bakar, tapi agak-agak raya tahun ni beliau ada dekat mana ya? 

“Saya teringin nak jumpa dia sebab wajah dia persis arwah mak. Arwah mak meninggal 19 tahun lepas tapi perasaan bersalah tu masih saya simpan sampai sekarang.  Cuma berharap tahun ini, saya boleh lepaskan beban, masalah dan dosa yang saya galas selama 19 tahun ini,” tulisnya dalam akaun media sosial.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen mengenai hasrat lelaki itu. Ramai antara mereka berharap impian lelaki tersebut tertunai dan berkongsi pengalaman melepaskan kerinduan terhadap arwah ibu bapa masing-masing apabila berjumpa orang yang mempunyai mirip wajah yang sama.

Bagaimanapun, ada juga komen yang mengingatkan lelaki tersebut bahawa dosa dengan ibu kandung tetap tidak akan terampun meskipun berjumpa individu dengan wajah yang sama.

Lelaki itu yang mendakwa menghidap penyakit Major Depressive serta Borderline Personality Traits dikatakan bakal dirujuk ke pakar psikologi untuk sesi kaunseling disebabkan prolong grieving.

Sebelum ini, Wan Maimunah dilaporkan berada di Kuala Terengganu untuk membantu anaknya berniaga di gerai ayam golek ‘Ferris Wheel’ pada awal Ramadan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN