Gaza semakin kritikal

Gaza semakin kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun gencatan senjata sementara sudah dicapai antara Palestin dengan Israel, namun negara haram itu te­rus mengenakan sekatan terhadap Semenanjung Gaza de­ngan menyekat kemasukan semua jenis bantuan kemanusiaan.

Memasuki hari kelima tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim zionis itu mengakibatkan wilayah bergolak tersebut kini mengalami kekurangan bekalan makanan, air bersih, pakaian dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammala berkata, tindakan rejim Zionis itu turut menyebabkan harga barang di Gaza meningkatkan mendadak akibat kekurangan stok.

Sumber penggerak utama sektor kesihatan, pembersihan dan banyak lagi di Gaza iaitu bahan api juga berkurang akibat sekatan.

“Situasi makin sulit akibat ketiadaan bahan api kerana hospital dan pusat kesihatan bergantung kepada bahan tersebut, berhenti beroperasi sekali gus mengancam nyawa.

“Mesin oksigen, perkhidmatan dialisis, dewan pembedahan unit rawatan kritikal (ICU) turut terpaksa diberhentikan kerana bahan api menjana tenaga sudah kehabisan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketiadaan bahan api menyebabkan stesen penyulingan air masin juga dihentikan sedangkan bekalan air berada pada tahap kritikal.

“Telaga air bersih juga sudah tidak berfungsi, maksudnya, tiada lagi bekalan air bersih untuk kegunaan harian,” katanya.

Kenderaan pembersihan, ambulans dan pertahanan awam serta perkhidmatan lain juga terpaksa menghentikan tugas.

“Keadaan ini mengakibatkan stesen rawatan air kumbahan berhenti beroperasi dan dibimbangi menyebabkan takungan kumbahan melimpah sekaligus membanjiri kawasan diduduki rakyat Palestin di Gaza dengan air kotor yang pasti akan mengundang risiko kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN