Dua beradik maut ketika pergi sekolah, motosikal langgar lubang

Dua beradik maut ketika pergi sekolah, motosikal langgar lubang

DUA beradik maut ketika pergi sekolah, motosikal langgar lubang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Dua beradik yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, pagi tadi.

Mangsa, Norhazim Kamaruzaman, 16, yang menunggang motosikal Yamaha Y110, dan adiknya, Nur Alif Ikhwan, 15, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 8.20 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mereka datang dari arah Felda Inas menuju ke Bandar Tenggara. Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal tersebut dipercayai melanggar lubang di jalan, menyebabkan kedua-dua mangsa hilang kawalan dan terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abang sulung mangsa, Mohamad Norlokman Hakim, 27, berkata dua adiknya itu biasanya dihantar ke sekolah oleh ayah mereka menggunakan kereta.

“Ketiadaan sekolah menengah di kawasan berhampiran Felda Inas menyebabkan mereka perlu menempuh perjalanan kira-kira 30 minit setiap hari untuk ke sekolah.

“Saya tidak tahu sejak bila mereka mula menunggang motosikal sendiri kerana saya tinggal berjauhan selepas berkahwin. Walaupun sedih, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah, lebih-lebih lagi mereka pergi pada hari dan bulan yang mulia ini,” katanya.

Jenazah kedua-dua beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Inas selepas solat Isyak malam ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya