Cakap palsu, dusta halang orang berpuasa dapat pahala
Selain perkara-perkara membatalkan puasa, apa lagi perbuatan yang ditegah bagi orang yang berpuasa?
Hasim
Melaka
JAWAPAN
Yang ditegah kepada orang berpuasa adalah bercakap palsu dan dusta kerana ia boleh menghalang orang yang melakukannya mendapat pahala.
Syaitan dirantai semasa Ramadan
Apa maksud syaitan dirantai sepanjang Ramadan? Mohon penjelasan.
Hurairah Ali
Kuala Kangsar
JAWAPAN
Sebahagian ulama berpendapat ia adalah rantaian secara hakiki. Sebahagian yang lain pula berpendapat disusahkan pergerakan mereka. Dengan itu mudah untuk orang Islam beribadat.
Beza,faraid,hibah dan tanah pusaka
Saya banyak mendengar mengenai keperluan memberi hibah terhadap harta kepada orang dan juga harta faraid. Mohon ustaz perjelas maksud hibah harta, difaraid hibah dan harta pusaka.
Rasyid
Nilai, Negeri Sembilan
JAWAPAN
Hibah harta adalah pemberian yang diberikan ketika hidup tanpa ada sebarang pembalasan seperti hadiah juga. Namun pusaka adalah pemilikan yang diperoleh secara warisan setelah berlaku kematian.
Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]