Amirudin layak kekal Naib Presiden

Amirudin layak kekal Naib Presiden

Bantuan mangsa ribut
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rekod cemerlang Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden parti melayakkan beliau dikekalkan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, PKR Se­langor menyatakan sokongan penuh kepada Amirudin untuk mengekalkan jawatan itu dalam pemilihan parti pada Mei depan.

Setiausaha Majlis Pimpinan Parti (MPN) PKR Selangor, Dr. Mohd. Khairudin Othman berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam.

Katanya, dalam mesyuarat itu, PKR Selangor sudah membuat penilaian terhadap rekod kepimpinan Amirudin dan yakin beliau mampu meneruskan tanggungjawab itu dengan cemerlang.

“Beliau bukan sahaja berjaya mengukuhkan pentadbiran Selangor malah memainkan peranan penting dalam menyelaraskan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.

“Ketika menjadi Pengerusi MPN Pahang, beliau juga berjaya menyatukan fraksi perpaduan negeri yang melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Selain Amirudin, penyandang lain yang mempertahankan jawatan termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang serta Nurul Izzah Anwar.

Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan turut mengumumkan pencalonan mereka.

Menurut Mohd. Khairudin, Selangor dijangka menjadi negeri dengan kuasa pemilih terbesar dalam pemilihan PKR kali ini, yang bakal menentukan hala tuju kepimpinan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN