Aliran trafik mula bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama

Aliran trafik mula bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama

KEADAAN sesak di Plaza Tol Gombak susulan pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) untuk ke pantai timur.-GAMBAR/LLM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik mula sesak dan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama susulan warga kota mula pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri sejak pagi tadi.

Berdasarkan laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 11 pagi tadi, keadaan sesak di Plaza Tol Gombak semakin perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) untuk ke pantai timur.

Bagaimanapun, aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih lagi kelihatan lancar.

Sementara itu, berdasarkan akaun media sosial X PLUS Trafik, kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan juga semakin bertambah terutama bagi pergerakan ke arah utara.

Laluan dari arah Seremban ke Port Dickson juga menunjukkan aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal.

Dalam pada itu, pergerakan trafik perlahan dilaporkan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer 19.2 arah Selatan dari Bandar Saujana Putra ke Putrajaya.

Di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pula, keadaan trafik semakin lengang berikutan ramai warga kota sudah mula pulang ke kampung. 

Pengguna jalan raya dinasihatkan rancang perjalanan dengan baik dan diminta lebih banyak bersabar semasa memandu kenderaan. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN